Tuesday, March 30, 2010

PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2010

Pada 23 Mac 2010,  bertempat di SMK Palong Dua (F), Gemas,  telah  diadakan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010. 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Dalam pertandingan ini, pasukan forum sekolah ini telah diwakili oleh Hairatul Madihah binti Mohamad, selaku Pengerusi Forum, ahli-ahli panelnya pula terdiri daripada Norshaherah binti Mohd Idris, Nurul Atiqah binti Zainoddin, Nor Shamsinar binti Abd Manaf, dan ahli panel simpanan ialah Rosmalina binti Ruslan. Tajuk forum yang menjadi topik perbincangan mereka ialah "Jimat Cermat Membawa Berkat". Kesemua ahli panel ini merupakan pelajar tingkatan empat. 

Keputusan penuh pertandingan ini adalah seperti yang berikut:

KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
JOHAN
SMK SERI JEMPOL
NAIB JOHAN
SBPI JEMPOL
TEMPAT KETIGA
SMK BANDAR BARU SERTING
TEMPAT KEEMPAT
SMK PALONG DUA (F)

Kepada pasukan forum sekolah ini, berusahalah dengan lebih gigih lagi dan atur strategi yang lebih mantap demi pencapaian yang lebih cemerlang pada 2011. Yakin boleh.

Thursday, January 21, 2010

Tokoh NILAM Negeri Sembilan 2009


4 Januari 2010, tirai sesi persekolahan 2010 mula dibuka dengan rasminya. Perhimpunan rasmi sekolah pada hari ini diadakan agak istimewa apabila pihak pengurusan sekolah menjemput bekas murid Tingkatan 5 Iltizam bagi sesi 2009, Saudari Nor Ashimah binti Mohd Saleh yang juga mantan Penolong Ketua Umum Badan Ketua Pelajar sekolah ini untuk menyampaikan ucapan berkisar tentang pengalamannya mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan 2009 dan jemputan ini juga sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada beliau kerana terpilih sebagai Johan Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan 2009.

Friday, January 1, 2010

PENCAPAIAN PSS

KEJAYAAN PSS SMK PALONG 2 (F), GEMAS SEPANJANG SESI 2009

Peringkat PKG Kawasan Rompin

1. Johan Keseluruhan Anugerah Teknopen

2. Johan NILAM Guru

3. Johan Pembaca Terbanyak Kategori Menengah Rendah

4. Johan Pembaca Terbanyak Kategori Menengah Atas

5. Tempat Kedua Anugerah PSS Cemerlang

6. Tempat Kedua Anugerah Penghasilan BBM Berasaskan PowerPoint

7. Tempat Ketiga Anugerah Pembina Laman Web Sekolah


Peringkat Negeri

1. Johan Pertandingan Tokoh NILAM