Friday, May 30, 2014

PENCAPAIAN SMK PAL0NG DUA(F) TAHUN 2014

1. Johan pertandingan sajak peringkat daerah.

2. Johan mendeklamasi syair peringkat daerah.

3. Tempat ke 3 bola baling peringkat daerah.

ANUGERAH AKADEMIK TERBILANG 2014



Tahniah warga SMK Palong Dua!!

PENCAPAIAN PSS 2012

* TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BLOG PSS SEKOLAH

Friday, November 12, 2010

PENCAPAIAN PSS SMK PALONG DUA (F), GEMAS 2010

KEJAYAAN PSS SMK PALONG 2 (F), GEMAS SEPANJANG SESI 2010

Peringkat PKG Kawasan Rompin
1. Johan Keseluruhan Anugerah Teknopen

2. Johan NILAM Guru

3. Johan Pembaca Terbanyak Kategori Menengah Rendah

4. Johan Pembaca Terbanyak Kategori Menengah Atas

5. Tempat Pertama Anugerah PSS Cemerlang

6. Tempat  Pertama Penghasilan BBM Berasaskan PowerPoint

7. Tempat Pertama Pertandingan Blog PSS



Peringkat Negeri

Tempat Ketiga Dalam Penarafan PSS


"TAHNIAH DIUCAPKAN 
KEPADA 
PARA PEMENANG"


Gambar-gambar Sekitar Majlis Anugerah Teknopen Peringkat PKG Rompin 2010






Thursday, October 14, 2010

PERTANDINGAN GASING FESTIVAL KESENIAN
NEGERI SEMBILAN 2010

Tarikh
:
2 Oktober 2010 – 3 Oktober 2010



Masa
:
8:00 am – 5:00 pm



Guru Penasihat
:
1. Encik Md. Wazir bin Idris


2. Cik Farrah Dibba binti Ahmad Padzil


3. Encik Fazeerul Akmar bin Ahmad



Jurulatih
:
Encik Haron bin Mansor






Peserta
:
1. Hairul Anuar bin Abu
5 Falah


2. Mohd Amirul bin Majid
4 Falah


3. Mohd Syafiq bin J. Sham
2 Hikmah


4. Amir Hamzah bin Ibrahim
1 Hikmah


5. Mohamad Sahrul bin Sapawi Hamdan
1 Hikmah


6. Mohd Shahidan bin Zainal Abidin
1 Hikmah


7. Mohamad Ezrin Shah bin Mohd Hasan
1 Hikmah


8. Mohd Saufi bin Abd. Majid
1 Hikmah

Pasukan gasing sekolah ini telah berjaya menjadi Johan keseluruhan peringkat Negeri Sembilan dalam Pertandingan Gasing Festival Kesenian Negeri Sembilan 2010. Sebanyak tiga buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Jelai, SMK Dato’ Haji Mohd. Redza, dan SMK Palong Dua (F). Sekolah ini dinobat sebagai johan keseluruhan kerana telah menjadi johan dalam kategori beregu remaja (2 orang) dan naib johan dalam kategori regu remaja (4 orang). Hairul Anuar bin Abu telah terpilih sebagai pemain gasing terbaik menerusi pencapaiannya sebagai johan dalam acara perseorangan remaja dan naib johan dalam acara legai uri, serta penyertaannya dalam acara berpasukan. Para peserta menerima hadiah berupa piala, sijil, dan cek. TAHNIAH.

Tuesday, March 30, 2010

PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2010

Pada 23 Mac 2010,  bertempat di SMK Palong Dua (F), Gemas,  telah  diadakan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Jempol 2010. 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Dalam pertandingan ini, pasukan forum sekolah ini telah diwakili oleh Hairatul Madihah binti Mohamad, selaku Pengerusi Forum, ahli-ahli panelnya pula terdiri daripada Norshaherah binti Mohd Idris, Nurul Atiqah binti Zainoddin, Nor Shamsinar binti Abd Manaf, dan ahli panel simpanan ialah Rosmalina binti Ruslan. Tajuk forum yang menjadi topik perbincangan mereka ialah "Jimat Cermat Membawa Berkat". Kesemua ahli panel ini merupakan pelajar tingkatan empat. 

Keputusan penuh pertandingan ini adalah seperti yang berikut:

KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
JOHAN
SMK SERI JEMPOL
NAIB JOHAN
SBPI JEMPOL
TEMPAT KETIGA
SMK BANDAR BARU SERTING
TEMPAT KEEMPAT
SMK PALONG DUA (F)

Kepada pasukan forum sekolah ini, berusahalah dengan lebih gigih lagi dan atur strategi yang lebih mantap demi pencapaian yang lebih cemerlang pada 2011. Yakin boleh.

Thursday, January 21, 2010

Tokoh NILAM Negeri Sembilan 2009


4 Januari 2010, tirai sesi persekolahan 2010 mula dibuka dengan rasminya. Perhimpunan rasmi sekolah pada hari ini diadakan agak istimewa apabila pihak pengurusan sekolah menjemput bekas murid Tingkatan 5 Iltizam bagi sesi 2009, Saudari Nor Ashimah binti Mohd Saleh yang juga mantan Penolong Ketua Umum Badan Ketua Pelajar sekolah ini untuk menyampaikan ucapan berkisar tentang pengalamannya mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan 2009 dan jemputan ini juga sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada beliau kerana terpilih sebagai Johan Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan 2009.